Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan salam maulidur rasul. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. 

Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim

Ingatlah bagaimana kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita sehingga diakhir nafas Baginda, Baginda masih menyebut Ummati, Ummati, Ummati. 
Ummatku, Ummatku, Ummat..



Wahai kekasih Allah..
Ingin sekali ku bertemu mu
Wahai kekasih Allah..
Ingin sekali ku mendengar kata-kata semangat dari mu
Wahai kekasih Allah..
Ku amat merindui mu
Wahai Kekasih Allah..
maafkan umatmu ini yang selalu melupakanmu
maafkan umutmu ini yang masih leka mengejar cinta dunia
Wahai Kekasih Allah..
Begitu cintanya kau kepada kami
Sehingga disaat kematian kau
kau masih mengingati kami sebagai umatmu


Betapa butanya kami
tidak nampak pengorbanan yang kau berikan kepada kami
Kami mengatakan cinta..
Kami mengatakan Rindu..
tapi adakah benar kami mencintai dan merindui mu
sebagai mana kau mencintai kami
Wahai Kekasih Allah?
Wahai kekasih Allah..
Maafkan dosa umatmu yang selalu lupa ini :'(

Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya(dengan sebab selawat itu) dengan sepuluh selawat dan dituliskanNya baginya sepuluh kebaikan."(Riwayat at-Tarmizi daripada Abu Hurairah radhiallahu anh). begitulah besarnya rasa kecintaan baginda terhadap kita sebagai umatnya. jadi, kita sebagai umat Baginda Rasulullah salallahu'alaihiwasallam, marilah kita kembali kepada fitrah sebenar. kembali kepada tujuan asal kita dihidupkan di atas muka bumi ini. masih belum terlambat untuk kita kembali mencari keredahaan Allah. buangkanlah segala perasaan taksub kepada kemewahan dan keasyikan dunia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada kita. ingatlah, dunia ini hnyalah pinjaman. sementara Allah masih memberi nafas kepada kita, selagi itulah kita mesti beribadah dan beramal dijalanNya.

1 comment:

  1. subhanALLAH...trus kn bdakwah dgn pena tanpa dakwat ini dik...memang miha ada bakat yg besar...robbuna yusahil. amal lillahi ta'ala~~

    ReplyDelete