Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam yang menghidupkan dan mematikan manusia. Alhamdulillah diri ini masih diberikan nyawa untuk terus belajar ilmu Allah dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
Sering kita dengar orang berkata perempuan yang tak tegur lelaki ni sombong lah, perempuan tudung labuh ni sombonglah. Jalan pun tunduk je. Tak nampak orang dekat sekeliling ke? Malah ada juga kaum hawa yang berkata begitu. kan kan kan? hihi :)
Mahukah kamu semua tahu mengapa wanita muslimah dianggap sombong oleh lelaki-lelaki ajnabi yang tidak tahu akan hal agama?
~ Sabda Rasulullah saw-
"Sesunggunya wanita itu aurat"
SubhannAllah. Wanita itu adalah aurat dan Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tahukah kamu dari pandangan mata boleh menimbulkan rasa cinta? bak kata orang, dari mata turun ke hati. Bahayanya panahan mata bagi manusia kerana disitulah tempat bermulanya zina.
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan...
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
begitu dalam sekali pesanan Saidatina Aisyah RA pada kita kaum hawa. Tidakkah kamu perasan wahai muslimat sekalin? Islam amat menjaga kita. Begitu tinggi martabat kita dimata Islam. SubhanAllah. Maha suci Allah. Saya tertarik dengan kata-kata yang saya jumpa di internet dan ingin kongsikan bersama kalian semua.
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik,
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yang ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...
makin ditutup makin cantik
MasyaAllah. Bertuah sungguh kita semua wahai kaum hawa. Sedarkah kita?
Kaum Adam!
Seorang muslimah yang tak melayan mu apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong.Seorang muslimah yang tiada teman lelaki, janganlah kau kata dia tak laku.
Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat, janganlah kau kata dia kolot.
Seorang muslimah yang tak memandang kau tika bersemuka, janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang.
*..semuanya kerana Allah.*
Janganlah memandang luaran seseorang kerana luaran tidak menggambarkan hati kita. Sesungguhnya, wanita solehah itu hanya sombong pada kaum adam yang bukan mahramnya. tetapi amat mengasihani kaum-kaum hawa kerana Allah s.w.t. Marilah kita sama-sama kaum hawa, berkasih sayang kerana Allah. Jangan ditakut menegur sesama kita. Pada mata Allah, semua manusia sama tidak kira rupa, warna kulit dan kesempurnaan.
Maaf andai tersilap bicara. Teguran adalah sesuatu yang amat saya tunggu-tunggu. Sesunggunya yang baik itu semua dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
Wassalam.
subhanAllah.....masyaAllah....mabruk ya ukhti. Trus b'amal krn ALLAH~~~
ReplyDeleteInsyaAllah. tegur saya jika ada salah ye kak. Alhamdulillah Allah jdkn akak dan semua akak yang lain sebagai perantara untuk membuka mata saya. bersyukur sangat kak..
ReplyDelete