Saturday, February 25, 2012

Nazrey Johani - Muslimah



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


*hayati liriknya. Semoga kita tergolong dalam golongan wanita muslimah solehah serikandi islam (◕‿-)

Oh Tudung labuh (◕‿-)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatul ^_^
apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihani sekalian?
Sihatkah diri anda? sihatkah hati anda? sihatkah iman anda? :)


InsyaAllah tajuk Oh tudung labuh yang saya ambil daripada laman web iluvislam.com akan saya utarakan pandangan dan sedikit kefahaman saya mengenainya.


Pernah tak sahabat-sahabat sekalian nampak muslimah yang bertudung labuh dan timbul satu perasaan yang aneh. Rasa macam nak tengok je muslimah yang bertudung labuh tu. Ada? Jika ada, Alhamdulillah, itu tandanya, masih ada iman dalam hati sahabat-sahabat sekalian ^_^


Tudung labuh. dua perkataan yang senang disebut. Apa sebenarnya pandangan sahabat-sahabat sekalin tentang wanita-wanita yang bertudung labuh ni? Daripada pengalaman saya, inilah yang mereka fikirkan tentang wanita bertudung labuh


  • tudung labuh ni untuk orang alim je. aku ni, ilmu agama cetek sangat lah. tak sesuai nak pakai tudung labuh. ala asal pakai tudung. dah la.
  • perasan tak? orang pakai tudung labuh ni yang banyak terlanjur, buang anak semua? orang tak pakai tudung, pakai tudung fashion ni yang lebih baik dr yang pakai tudung labuh. perasan?
  • tudung labuh? apa class! kuno doh! macam orang kampung.
  • alaa kalau pakai tudung labuh, tak boleh dah nak jadi gila-gila, kena control ayu 24 jam. tension la
  • uish! tak panas ke pakai tudung labuh ni?
  • Eh, kau nampak gemuk la pakai tudung labuh! tuka la wei!
  • Kau pun dulu jahat, Ya Allah, lebih jahat daripada aku. tup tup berubah macam ni. apa kes? nak mati dah ke?


Astaghfirullahazim! Kenapa mesti ada fikiran sebegini dalam fikiran umat islam zaman sekarang? Cuba bayangkan, Andai Nabi Muhammad s.a.w masih ada? Tidakkah anda merasa nabi akan merasa kecewa dengan kita? Bukankah tudung labuh itu melindung kita?

Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Tidak dinafikan, anggapan tudung labuh untuk orang yang hanya tinggi ilmu agamanya namun firman Allah telah nyata. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."  Cuba sahabat sekalian perhatikan, kaum adam akan mengacau wanita yang bagaimana? Perasan bukan, kaum adam hanya akan mengacau wanita yang seksi, yang pakai tudung tetapi tidak sempurna dalam menutup auratnya. Maaf andai pandangan saya salah, tapi dari apa yang saya perhatikan, itulah yang terjadi. Kaum Adam tidak akan berani menegur wanita yang bertudung labuh malah ada yang saya lihat, kaum Adam akan menundukkan pandangannya ketika melewati atau bertemu wanita bertudung labuh. SubhanAllah, sayangnya Allah pada kita wahai muslimah sekalian. Bukalah mata mu itu. Allah amat menjaga kita yang bergelar wanita!

Hmm. Ada juga yang beranggapan wanita bertudung labuh inilah yang sering berzina, membuang anak. Ya! tidak dinafikan ada segelintir begitu. tapi JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA! tidak semua wanita bertudung labuh begitu! Begitu juga contohnya buah cempedak, tidak semua diluarnya nampak masak ranum, ada juga yang buruk dan hitam namun dibuka dan dilihat isinya, kuning dan apabila dimakan, manis sekali rasanya. Sebaliknya juga boleh berlaku. Janganlah bersangka buruk dengan apa yang tidak kita ketahui.

Pakai tudung labuh kena control ayu? Tak boleh jadi gila2? Allah telah berfirman Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an_Nuur: 31) Wanita islam bukanlah perlu mengontrol ayu atau sangaja mahu berlagak ayu. Tapi itu adalah perintah daripada Allah. Dan saidatina Aisyah r.a ada juga berpesan "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"  Namun, untuk menjadi gila-gila, ketawa yang tidak melampau adalah dibolehkan apabila bersama dengan hanya kaum-kaum hawa. Apabila sesama kaum hawa, bergembiralah, ber 'gila-gila' lah kalian. Namun tidak sehingga melupakan Allah ye sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. hihi ;)

Tudung labuh panas, nampak gemuk, itu semua adalah bisikan syaitan semata-mata yang disampaikan melalui manusia seperti yang tertulis dalam surah An-Nas yang bermaksud "yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari golongan jin dan manusia" Ketahuilah sahabat sekalian, sesungguhnya ramai manusia sekarang yang bertopengkan syaitan hanya untuk melemahkan kita daripada mengikut ajaran islam yang benar dan tiada agama yang benar melainkan islam. Berhati-hatilah sahabat!

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Dan pasti akan diperingatkan oleh Allah tentang apa yang kita lakukan itu adalah salah sama ada kita menyedari atau tidak menyedarinya. Saya juga pernah melampaui batas pada diri saya. Saya juga pernah menyangka wanita bertudung labuh ini tidak seindah tudungnya. Saya juga bukan seorang yang tinggi ilmu agamanya. Tetapi, Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk mencari cintanya dan cinta kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w, berjumpa wanita-wanita solehah yang amat menyejukkan mata, menyejukkan hati dan sentiasa mengingatkan saya kepada Allah.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu. kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan. -Imam Hassan Al-Basri-



Usah dipedulikan kata-kata manusia, ingat wahai sahabat, "PANDANGAN ALLAH LEBIH PENTING DARIPADA PANDANGAN MANUSIA" Saya juga pernah merasakan sakitnya untuk melakukan perintah agama kita iaitu islam suatu ketika dahulu dengan kata-kata manusia yang mahu menjatuhkan semangat saya. Saya juga pernah tersungkur, saya juga pernah teralpa dengan nikmat dunia yang penuh dengan penipuan ini, namun Allah amat menyayangi saya, DIA memberikan pengajaran buat saya. Jadi sahabat, janganlah pernah bersangka buruk kepada Allah. sesungguhnya Allah telah Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216. “boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Sama-sama kita berubah kejalan kebaikan. mulakan daripada bawah dan InsyaAllah kita akan jadi yang tertinggi dimata Allah.  InsyaAllah. Allah itu tinggi dengan sifat pemaafnya. MARILAH KITA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH AKHIR ZAMAN , WANITA SERIKANDI ISLAM. Ubah pandangan masyarakat tentang wanita bertudung labuh ini tidak indah seperti rupanya. Mari! ubah pandangan itu. Jaga diri, Jaga akhlak, Jaga hati, Jaga iman. Allah sentiasa menjaga kita. InsyaAllah.

Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!


Wanita..dirimu begitu berharga (◕‿-)

Wallahuaklam 

Monday, February 20, 2012

Cinta Islamik?

Diadaptasi daripada kisah benar namun ditukar serba sedikit nama dan kisahnya

tet tet. Hp berbunyi menandakan msg diterima

Adam : Assalamualaikum awak. Awak..saya rindukan awak. saya tahu awak     nak berubah. Saya tak pernah halang awak berubah. Saya pun boleh berubah macam awak nak. Tapi awak janganlah tinggalkan saya. Saya sayangkan awak sangat2. awak jangan lah tinggalkan saya. pls :'(

Zara : Waalaikummussalam. awak, saya sayang sangat dekat awak. Sumpah sayang. Tapi saya tak boleh teruskan hubungan ni. saya nak cari cinta Allah. Kalau betul awak sayangkan saya, perbaiki diri awak. doakan andai jodoh kita satu hari nanti. Tolong jangan ganggu saya lagi. Cintailah Allah sebelum awak lafazkan cinta awak pada saya. tc.

Adam terus terusan menghubungi Zara. Namun Zara tidak mengendahkan panggilan itu. Dia meneruskan niatnya untuk berubah dan bertekad untuk melupakan Adam. Namun panggilan, rayuan dan pujukan Adam melemahkan imannya. Zara mula lemah. Pada suatu hari, Zara membalas pesanan khidmat ringkas yang Adam beri (sms)

Zara : Sayangnya awak dekat sayakan. Saya tak layan awak pun awak tetap nak contact saya lagi. Boleh saya tanya, kenapa awak nak sangat dekat saya?

Adam : Hanya Allah yang tau betapa dalamnya cinta saya dekat awak. Serius saya cakap, saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Awak lain sangat2. Awak tak sama macam perempuan lain. Awak baik sangat-sangat

Zara : Saya sayang dekat awak, Adam. ok lah. Saya terima awak balik. Tapi ada syarat.

Adam : Apa syaratnya? saya sanggup buat apa je untuk awak hihi ;)

Zara : hehe. Ok. Syarat yang pertama, saya tak nak kita selalu msg or col. Kalau nk tahu cerita tntng msng2 smnggu sekali je kita col. bole? Pastu syarat kedua, tak nak jumpa langsung. Awak pun ada cakap bia la kita macam tak ada apa2 asalkan awak tahu awak saya punya dan saya awak punya. eh :)

Adam : Ok sayang. Set. hehe. Rindu awaaak. Malam ni kita col eh?

Zara : Haaa lupa dah syaratnya? hehe. Ok la awak. Saya banyak kerja ni. Ada masa kita col eh. Jangan lupa solat tau. tc. Assalamualaikum :)

Hari ke hari minggu ke minggu. Adam dan Zara mula rapat. Mereka lupa syarat yang ditetapkan oleh Zara sendiri. Seumuanya dimulakan oleh Adam dan Zara tidak mempu untuk menolaknya kerana syaitan telah membisik ke telingnya dan masuk ke hatinya yang semakin hitam itu. Tiap-tiap malam meraka akan bergayut, 24 sms dan hampir tiap-tiap hari meraka akan jumpa. Iman Zara mula goyah. Dia mula bercakap dengan lemah-lembut, manja dan mula meninggalkan solat. Malah, pelajaran Zara mula merosot. Dia hanya merasakan Adam yang terpenting dalam hidupnya sekarang. Hampir berbulan-bulan, Adam mula berubah.

Zara : Sayaanng, kenapa awak macam dah berubah eh sekarang? awak tak macam dulu dah. awak lain sangat. Awak bukan Adam saya lagi. Awak tak macam Adam saya pun. Awak kenapa? Saya rindu awak yang dulu :'(

Adam : sayaang, sori la sekarang saya banyak kerja. Susa nak contact awak. Awak pun tau kelas saya sampai petang. Penat sgt. Balik nk buat assgnmnt lg. Sori eh baby ;)

Zara : hmm ok la. rindu awaaaaak.

Adam : rindu awak jugak manja. hehe. Nanti saya col awak eh, Nak buat kerja ni. Love you. tc.

Seminggu kemudian, Zara masih merasakan Adam bukan Adamnya yang dulu. Adam tidak lagi memperdulikannya. Saban hari Zara merendam air mata  dan memendam perasaannya yang merindui kekasih hatinya itu. Dia sabar dengan karenah Adam kerana dia fikir Adam memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Adam sudah jarang menghubungi Zara. Zara sudah terperangkap dengan syaratnya sendiri. Pada suatu malam jam menunjukkan pukul 2 pagi, hp Zara berbunyi menandakan sms diterima. Zara senyum sendiri melihat nama pengirim sms itu. Rindunya yang sarat pada Adam tidak membuatkan dia terfikir akan apa yang bakal diketahuinya melalui pesanan hp nya itu. Zara cepat-cepat membuka peti kotak simpanan hp nya. Dan..

Adam : Saya minta maaf. Saya tak boleh teruskan lagi hubungan kita ni. Saya bosan la. Awak hari2 nak col, 24 nak msg je. Tau tak saya banyak kerja? Sampai disini je hubungan kita. Tolong jangan ganggu saya lagi. Tolong jangan cari saya lagi. Kita dah tak ada apa2. Maafkan segala kesalahan saya dekat awak. Saya pun tak tau makin lama makin hilang sayang saya dekat awak. sorry. jaga diri. Bye.

Zara hanya mampu mengalirkan air mata sampai tidak ada lagi air mata yang boleh dikeluarkan. Zara amat kecewa. Dia sangkakan Adam boleh menjadi lelaki yang terakhir dalam hidupnya. Lelaki yang boleh menyanyangi dia seadanya. Begitu mudah mengatakan sayang dan begitu mudah melepaskan. Astahgfirulhalazim. Zara berasa amat sedih dan tidak berdaya untuk melakukan apa pun pekarjaan. Hari bersilih hari, minggu berganti minggu, bulan bertukar bulan..Kini Zara mula sedar. Tiada cinta yang hakiki melainkan cinta Allah. Zara mula kembali pada Allah seperti dulu dan mula menyedari bahawa TIADA CINTA ISLAMIK SEBELUM NIKAH dan HANYA PERKAHWINAN YANG MENGHALALKAN HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN!

Kini tekad Zara tinggi untuk berubah. Zara tidak ingin lagi terpedaya dengan cinta Syaitan yang hanya mahu membawanya kelembah neraka. Berkat sokongan ibu bapa, rakan terdekat, wanita-wanita solehah yang sentiasa memberi sokongan, tunjuk ajar dan nasihat Zara mula kuat untuk mencari cinta Allah. Lama kelamaan Zara mula berfikir dan merasa amat bersyukur kerana Allah menarik Perassan Adam terhadap dirinya. Jika tidak beri peringatan, pasti Zara akan terus hanyut dengan cinta palsu yang hanya berlandsankan hafsu. Kini tekadnya mula bermadah

Ya Ukhti
Sedarkah kau?
Tiada cinta islamik sebelum pernikahan

Ya Ukhti
Tidak akan timbul suatu perasaan
melainkan lelaki dan perempuan berkawan tanpa batasan

Muslimah sejati
Kau umpama berlian di dalam bekas kaca
Hanya orang yang mampu bisa memilikinya

Jadilah seperti bunga Mawar yang berduri
Yang dipegang orang berdarah
Yang dicium baunya harum sekali

Ingatlah, tiada cinta islamik sebelum pernikahan. Walau mula rasa sayang, namun kelak akan timbul rasa bosan kerana cinta yang dibina adalah cinta haram. Cinta yang tidak direstui Allah. Walau kau kata cinta kerana Allah, ingatlah syaitan itu amat bijak. Syaitan Laknatullah mampu memperdayakan Nabi Adam yang amat dijaga oleh Allah, inikan pula kita, hanya Hamba Allah yang lemah, yang kaya dengan sifat lupa. Jangan pernah bawa diri anda kelembah kesakitan. Allah amat menjaga kita wahai muslimat sekalian dan ini adalah buktinya :

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

 Sungguh Allah amat menitik beratkan kebajikan kaum Hawa :

Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

Nilai wanita amat tinggi di mata islam. Tutuplah aurat mu agar tidak dipandang murah oleh lelaki ajnabi. Tidak sedar lagikah kamu wahai muslimat yang disayangi sekalian? Ambillah apa yang baik daripada cerita ini sebagai pengajaran. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. 

JIKA CINTAKAN ALLAH, BUKTIKAN LAH
JIKA CINTAKAN ALLAH, LAKUKANLAH APA YANG DISURUH-NYA
JIKA CINTAKAN ALLAH, TINGGALKANLAH LARANGAN-NYA
JIKA CINTAKAN ALLAH, UCAPKANLAH SELALU
SubhanaAllahWalhamdulillahWalailahaillahWallahuakbar

JIKA CINTAKAN RASULULLAH UCAPKAN LAH SELALU
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
JIKA CINTAKAN RASULULLAH, LAKUKANLAH SUNNAHNYA

CINTAI ALLAH, CINTAI RASULULLAH, CINTA IBU BAPA DAN AKAN DATANG JODOH YANG DIREDAI MEREKA
INSYAALLAH ^_^

wassalam

Saturday, February 18, 2012

Hidayah untuk dicari bukan untuk ditunggu

Segala puji pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Maha suci Allah yang memberi syafaat serta hidayah kepada sesiapa yang dikendakinya. Selawat serta salam keatas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w serta para sahabat dan keluarga baginda.

SubhanAllahWalhamdulillahWalailalahaillahWaAllahuakbar

Syukur ke atas hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang kita bernyawa untuk terus menjadi khalifah dimuka bumi ini dan melaksanakan perintah Allah dan Meninggalkan larangannya.


Hidayah milik Allah. Apa itu hidayah? Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala. Rata-rata manusia akan berkata yang hidayah itu datangnya daripada Allah. Ya betul Hidayah itu adalah milik Allah. Tapi pernahkah kita terfikir? Bagaimana Allah nak bagi kita hidayah sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya? 

Saidina Umar Al Khattab adalah Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu. Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy. Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran, beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka. Lalu saidina Umar menyesal akan perbuatannya itu. Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah. Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

SubanAllah. Begitu besar rahmatnya bagi orang-orang yang bertuah mendapat hidayah Allah. Bukan semua orang diberikan Hidayah oleh Allah. Bersyukurlah kita mendapat hidayah dan diberikan kesedaran oleh Allah tentang agamanya. Hidayah itu perlu dicari wahai sababat-sahabat ku. Mendalamilah ilmu agama.

Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam. Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang". Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka. (at taubah ayat  : 113)

Sedangkan Allah sudah memberikan hidayah kepada Abu Talib untuk memeluk islam namun beliau enggan. Hidayah sedang berada didepan mata kita wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian. Carilah hidayah Allah. Cuba untuk mendalami islam. Ucapkanlah syukur kerana kita telah dilahirkan dalam Islam dan telah dijanjikan Allah Syurga satu hari nanti. Namun sanggupkah kita masuk ke lembah hina iaitu neraka dahulu sebelum mendapat nikmat syurga? Biar menderita di dunia yang sementara daripada sakit pedih yang teramat di akhirat nanti. Pilih lah, senang di dunia dan menyesal di akhirat atau hidup bahagia di akhirat dan bersusah-susah dahulu di dunia. Tepuk dada tanya iman. Pilihan di tangan anda. Carilah hidayah Allah bukan menunggu hidayah datang kepada kita. Jika kita selalu memikirkan yang hidayah belum tiba untuk kita berhijah daripada jahil menjadi pemuda islam yang bertaqwa dan cinta kepada allah, ingat MATI ITU DEKAT DENGAN KITA.

Ya Allah..
Kepada mu aku memohon
Kepada mu aku meminta
Berikanlah daku taufik dan hidayahmu
Ampunkanlah dosa-dosaku ini

Ya Allah..
Aku hamba mu yang hina
Aku hambamu yang jahil
Memohon,Merayu,Meminta
Kuatkan aku dalam agama mu ini

Ya Allah
Sabarkan aku dalam menghadapi ujian kau 
Aku merindui cinta KAU
Aku merindui kasih KAU
Berikan hidayah mu kepada ku 

Ya Allah..tuhan yang maha membolak balikkan hati, janganlah kau pesongkan hatiku ini setelah kau berikan aku taufik dan hidayah mu. Pimpinlah daku kejalan redha MU dan berikanlah rasa cinta mu kepada ku YA RAHMAN YA RAHIM.

amalkan selalu doa ini. InsyaAllah hidayah Allah sentiasa bersama kita ^__^
Wabillahitaufikwalhidayah,Wassalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Thursday, February 9, 2012

Aku telah di Khitbah



Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.

***************************************
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."


Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"


Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"


Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Sila-sila, saya puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."




Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.




Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...


"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."

Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...


"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.


************************************

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam.com


notakaki: kisah nih bukan kisah aku. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya.


p/s:marilah ambil pengajaran daripada kisah ini. Benda yang paling dekat dengan kita adalah Kematian.

Berita baik untuk anda:


Sentiasalah ingat kematian yang dekat dengan kita yang entah bila pula gilran kita. 

Tegurlah kesalahanku!

Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tiada tuhan melainkan Allah, Allah maha besar




Assalamualaikum w.b.t.
apa khbar iman mu hari ini sahabat-sahabat ku sekalian?
Diharap makin bertambah, bertambah dan bertambah amal ibadat yang kita lakukan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.


Maaf andai diri ini banyak melakukan kesilapan. Saya masih baru dalam mempelajari Ilmu Islam. Terlalu banyak kelemahan saya. Diharap dapat menegur apa yang salah ye :)

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin (yang artinya), “Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3). Tentang sabda beliau, “Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.
SubhahaAllah, Saya hanyalah hamba Allah yang lemah hina dan banyak kekurangan. Tegurlah kesalahan saya agar dapat saya perbaiki diri yang selalu lupa lagi alpa ini. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang islam untuk menyampaikan risalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Terlalu banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. Minta tunjuk ajar semua. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki diri ke arah kebaikan. Marilah sama-sama kita menyebarkan ilmu yang baik agar tidak ditanya diakhirat kelak serta menolong mereka yang ingin merasakan cinta Allah. Sama-samalah kita berusaha mengapai cinta Allah. Sambil belajar, sambil menyebarkan InsyaAllah makin bertambah-tambah ilmu kita :)
Wassalam.