Saturday, February 18, 2012

Hidayah untuk dicari bukan untuk ditunggu

Segala puji pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Maha suci Allah yang memberi syafaat serta hidayah kepada sesiapa yang dikendakinya. Selawat serta salam keatas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w serta para sahabat dan keluarga baginda.

SubhanAllahWalhamdulillahWalailalahaillahWaAllahuakbar

Syukur ke atas hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang kita bernyawa untuk terus menjadi khalifah dimuka bumi ini dan melaksanakan perintah Allah dan Meninggalkan larangannya.


Hidayah milik Allah. Apa itu hidayah? Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala. Rata-rata manusia akan berkata yang hidayah itu datangnya daripada Allah. Ya betul Hidayah itu adalah milik Allah. Tapi pernahkah kita terfikir? Bagaimana Allah nak bagi kita hidayah sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya? 

Saidina Umar Al Khattab adalah Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu. Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy. Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran, beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka. Lalu saidina Umar menyesal akan perbuatannya itu. Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah. Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

SubanAllah. Begitu besar rahmatnya bagi orang-orang yang bertuah mendapat hidayah Allah. Bukan semua orang diberikan Hidayah oleh Allah. Bersyukurlah kita mendapat hidayah dan diberikan kesedaran oleh Allah tentang agamanya. Hidayah itu perlu dicari wahai sababat-sahabat ku. Mendalamilah ilmu agama.

Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam. Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang". Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka. (at taubah ayat  : 113)

Sedangkan Allah sudah memberikan hidayah kepada Abu Talib untuk memeluk islam namun beliau enggan. Hidayah sedang berada didepan mata kita wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian. Carilah hidayah Allah. Cuba untuk mendalami islam. Ucapkanlah syukur kerana kita telah dilahirkan dalam Islam dan telah dijanjikan Allah Syurga satu hari nanti. Namun sanggupkah kita masuk ke lembah hina iaitu neraka dahulu sebelum mendapat nikmat syurga? Biar menderita di dunia yang sementara daripada sakit pedih yang teramat di akhirat nanti. Pilih lah, senang di dunia dan menyesal di akhirat atau hidup bahagia di akhirat dan bersusah-susah dahulu di dunia. Tepuk dada tanya iman. Pilihan di tangan anda. Carilah hidayah Allah bukan menunggu hidayah datang kepada kita. Jika kita selalu memikirkan yang hidayah belum tiba untuk kita berhijah daripada jahil menjadi pemuda islam yang bertaqwa dan cinta kepada allah, ingat MATI ITU DEKAT DENGAN KITA.

Ya Allah..
Kepada mu aku memohon
Kepada mu aku meminta
Berikanlah daku taufik dan hidayahmu
Ampunkanlah dosa-dosaku ini

Ya Allah..
Aku hamba mu yang hina
Aku hambamu yang jahil
Memohon,Merayu,Meminta
Kuatkan aku dalam agama mu ini

Ya Allah
Sabarkan aku dalam menghadapi ujian kau 
Aku merindui cinta KAU
Aku merindui kasih KAU
Berikan hidayah mu kepada ku 

Ya Allah..tuhan yang maha membolak balikkan hati, janganlah kau pesongkan hatiku ini setelah kau berikan aku taufik dan hidayah mu. Pimpinlah daku kejalan redha MU dan berikanlah rasa cinta mu kepada ku YA RAHMAN YA RAHIM.

amalkan selalu doa ini. InsyaAllah hidayah Allah sentiasa bersama kita ^__^
Wabillahitaufikwalhidayah,Wassalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh.

No comments:

Post a Comment