Monday, February 6, 2012

Bantulah Kaum Adam wahai Kaum Hawa!

SubhanAllahWalhamdulillahWalailahaillahAllahuakbar

Assalamualaikum w.b.t.

Seindah hiasan dunia,
Ialah wanita solehah.. Yang menjadi perhiasan dunia..

Yang dijaga baik..
Yang sentiasa disembunyikan
Supaya harga (maruahnya) sentiasa bernilai tinggi
Tidak semua lelaki ajnabi akan dapat melihatnya
Hanya benar-benar layak sahaja dapat memiliki perhiasan ini
Kerana ALLAH akan sentiasa memelihara HARTANYA YANG BERHARGA
Hanya kekasihnya yang benar-benar layak sahaja dapat memilikinya
Supaya harta-Nya sentiasa akan bersinar dan bermutu tinggi

Wanita solehah akan sentiasa menjadi perhiasan dunia yang bernilai
Terutama bagi suaminya
Yang akan menjaga aib dirinya, hak suaminya sahaja yang dapat memiliki dan maruah keluarga serta agama
Yang akan sentiasa menjadi perhiasan bagi kebanggaan suami
Bukan mendatangkan fitnah kepada lelaki 
Yakni wanita yang sentiasa membuka aib, hak suami ( aurat) di hadapan lelaki ajnabi
Ini akan menjatuhkan maruah suami

Wanita solehah,
Akan sentiasa membantu kaum Adam
Untuk menjaga iman mereka,
Supaya umat Islam dapat dilahirkan dan dikenali di dunia,
Maka dakwah secara perlakuan peribadi dapat disebarkan
Bukan yang akan meruntuhkan iman lelaki

Wahai wanita solehah
Sayangilah kaum Adam..
Kerana kaum Adam juga termasuk adik beradik lelaki kamu, ayah kamu dan kaum kerabat lelaki kamu..
Kasihanilah mereka ukhti,
Benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan mereka merasai nikmat hidup di Syurga dan dunia dengan aman
Jagalah aurat mu, jagalah maruah mu. Supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka sahabat
Kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH..
Sahabat bantulah mereka

Bantulah mereka, Jangan bebankan mereka dengan dosa yang kita lakukan..
*dipetik daripada www.iluvislam.com
Akhwat..Akhwat..Akhwat..
sayangkah anda pada bapa anda? sayangkah anda abang anda? sayangkah anda pada adik lelaki anda? sayangkah anda pada mahram anda? Tahukah anda wahai akhwat yang disayangi sekali..

Akhwat yang dikasihi sekalian..
sanggupkah kamu lihat bapa mu dibakar oleh api neraka?
sanggupkah kamu lihat bapa mu disiksa atas kesalahan kamu sendiri?
MasyaAllah..dosa yang kita lakukan, tapi mengapa kita nak heret orang yang mendidik, membelai, menjaga kita sejak dari kecil dengan penuh kasih sayang ke dalam lembah api neraka yang amat dahsyat siksaannya? Ya Allah, cuba akhwat sekalian bayangkan, betapa sakitnya, betapa pedihnya siksaan ayah kita, abang kita, adik lelaki kita di akhrit nanti hanya kerana kita yang tidak menutup aurat?

Surah al-Ahzab ayat 59,
 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Muslimat sejati, tahukah kamu cara pakaian wanita yang sebenarnya?



Marilah sama-sama kita berubah untuk mencari keredaan Allah. Selamat kaum Adam yang kita sayangi kerana Allah! Jangan biarkan mereka dicampakkan ke neraka jahanam kerana kita! Ayuh akhwat sekalian, selamatkan Bapa kita,, Abang kita, adik lelaki kita dan kaum-kaum Adam yang lain. Jangan biarkan mereka menanggung dosa kerana kita.

SubhanAllah. indah bukan ciptaan Ilahi? ^_^

No comments:

Post a Comment