Sunday, February 5, 2012

Jadilah soleh sebelum mahukan yang solehah

assalamualaikum w.b.t :)
apa khbar rakan-rakan ku sekalian? InsyaAllah semoga kita dirahmati Allah sentiasa. Saya tertarik dengan satu stetment yang saya jumpa daripada page Oh! Islam.


‎"sebagaimana anda mahu yang solehah, kami 
juga mahu yang soleh wahai kaum adam''
 -Muslimah-

andai ditanya kaum adam, ciri-ciri wanita bagaimanakah yang diinginkan untuk menjadi isteri? Rata-rata kaum adam pasti akan mengatakan inginkan yang solehah, inginkan yang sejuk mata memandang, inginkan yang memakai tudung dan tidak berkelakuan sosial. Tapi sedarkah anda wahai kaum Adam? Bagaimanakah diri anda sekarang? Adakah cukup soleh untuk mendapat yang solehah? 

sedangkan Allah ada berfirman dalam surah an nur ayat 26,

“perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….''

Tepuk dada tanya iman. Sudah cukup solehkah diri ku untuk mendapat yang solehah? Ramai yang mengatakan 
  • alaaa..nanti nak kahwin berubah laa.
  • lek lu bro..sekarang masa enjoy. minah-minah ni yang nak dekat aku. takkan aku nak tolak. mana ada kucing tolak ikan
  • aku tak nak kahwin dengan awek aku. dia orang ni sekejap je. aku nak isteri yang solehah. takkanlah aku nak anak aku dididik oleh orang yang sosial?
  • aku nak bini yang pakai tudung sejuk sikit mata memandang
Astaghfirullahazim. Maaf andai saya tersalah kata. tapi inilah antara dialog-dialog segelintir lelaki yang hanya ada pada zaman sekarang. Tidak saya akui, kaum hawa juga ada yang begini. Tapi pernahkah kita fikir? Mengapa kita nak yang terbaik sedangkan kita tak boleh bagi yang terbaik. Bukan senang nak jadi yang soleh, bukan senang nak jadi yang solehah

Tapi andai kita kata boleh! maka bolehlah semuanya! Minta pada Allah. Allah sentiasa memudahkan jalan orang-orang yang ingin berubah. wahai kaum adam, sedarkah kamu? kamu adalah pemimpin. Kamu adalah orang yang terpilih. Kamu adalah IMAM bagi seseorang perempuan. Bagaimana kamu boleh pasti kamu akan berubah satu hari nanti jika kamu tidak mulakan dari sekarang?

Bukankah perkara yang terbiasa susah untuk diubah? Ayuh Wahai kaum Adam! Berubahlah! Berubahlah dari sekarng! Anda adalah lelaki soleh yang kami tunggu-tunggu untuk membimbing kami. Anda adalah imam kami. Andalah yang bakal mencorakkan masa depan Agama, Negara dan Bangsa. 

Dekatkanlah diri dengan orang yang soleh. Pedulikan kata-kata mereka yang tidak mengenal apa sebenar erti Islam sebenar! Jangan didengar bisikan iblis laknatullah yang hanya buatkan kau ragu-ragu! Berusahalah mencari cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta ibu bapa dan InsyaAllah, Allah akan memudahkan jalan kau untuk mendapat yang solehah.

Maaf andai tersalah bicara. Kaum hawa juga marilah sama-sama kita kurangkan agenda mencari lelaki yang soleh, sebaliknya berusaha menjadi yang solehah untuk mendapat keredaan Allah semata-mata dan Allah akan kurniakan kita Lelaki yang soleh untuk membimbing kita. InsyaAllah. Janganlah kau bersedih dengan takdir Allah jika tidak dapat apa yang diingini. Mungkin itu yang terbaik untuk kamu.

Sebagaimana Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216..

“boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

2 comments:

  1. subhanAllah...mabruk alaiki...!! trus kan brjuang whai srikandi akhir zman..!!

    ReplyDelete
  2. syukran ya Ukhti Sharifah. kalau ada silap, akak tolong tegur ye ^__^

    ReplyDelete