Diadaptasi daripada kisah benar namun ditukar serba sedikit nama dan kisahnya
tet tet. Hp berbunyi menandakan msg diterima
Adam : Assalamualaikum awak. Awak..saya rindukan awak. saya tahu awak nak berubah. Saya tak pernah halang awak berubah. Saya pun boleh berubah macam awak nak. Tapi awak janganlah tinggalkan saya. Saya sayangkan awak sangat2. awak jangan lah tinggalkan saya. pls :'(
Zara : Waalaikummussalam. awak, saya sayang sangat dekat awak. Sumpah sayang. Tapi saya tak boleh teruskan hubungan ni. saya nak cari cinta Allah. Kalau betul awak sayangkan saya, perbaiki diri awak. doakan andai jodoh kita satu hari nanti. Tolong jangan ganggu saya lagi. Cintailah Allah sebelum awak lafazkan cinta awak pada saya. tc.
Adam terus terusan menghubungi Zara. Namun Zara tidak mengendahkan panggilan itu. Dia meneruskan niatnya untuk berubah dan bertekad untuk melupakan Adam. Namun panggilan, rayuan dan pujukan Adam melemahkan imannya. Zara mula lemah. Pada suatu hari, Zara membalas pesanan khidmat ringkas yang Adam beri (sms)
Zara : Sayangnya awak dekat sayakan. Saya tak layan awak pun awak tetap nak contact saya lagi. Boleh saya tanya, kenapa awak nak sangat dekat saya?
Adam : Hanya Allah yang tau betapa dalamnya cinta saya dekat awak. Serius saya cakap, saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Awak lain sangat2. Awak tak sama macam perempuan lain. Awak baik sangat-sangat
Zara : Saya sayang dekat awak, Adam. ok lah. Saya terima awak balik. Tapi ada syarat.
Adam : Apa syaratnya? saya sanggup buat apa je untuk awak hihi ;)
Zara : hehe. Ok. Syarat yang pertama, saya tak nak kita selalu msg or col. Kalau nk tahu cerita tntng msng2 smnggu sekali je kita col. bole? Pastu syarat kedua, tak nak jumpa langsung. Awak pun ada cakap bia la kita macam tak ada apa2 asalkan awak tahu awak saya punya dan saya awak punya. eh :)
Adam : Ok sayang. Set. hehe. Rindu awaaak. Malam ni kita col eh?
Zara : Haaa lupa dah syaratnya? hehe. Ok la awak. Saya banyak kerja ni. Ada masa kita col eh. Jangan lupa solat tau. tc. Assalamualaikum :)
Hari ke hari minggu ke minggu. Adam dan Zara mula rapat. Mereka lupa syarat yang ditetapkan oleh Zara sendiri. Seumuanya dimulakan oleh Adam dan Zara tidak mempu untuk menolaknya kerana syaitan telah membisik ke telingnya dan masuk ke hatinya yang semakin hitam itu. Tiap-tiap malam meraka akan bergayut, 24 sms dan hampir tiap-tiap hari meraka akan jumpa. Iman Zara mula goyah. Dia mula bercakap dengan lemah-lembut, manja dan mula meninggalkan solat. Malah, pelajaran Zara mula merosot. Dia hanya merasakan Adam yang terpenting dalam hidupnya sekarang. Hampir berbulan-bulan, Adam mula berubah.
Zara : Sayaanng, kenapa awak macam dah berubah eh sekarang? awak tak macam dulu dah. awak lain sangat. Awak bukan Adam saya lagi. Awak tak macam Adam saya pun. Awak kenapa? Saya rindu awak yang dulu :'(
Adam : sayaang, sori la sekarang saya banyak kerja. Susa nak contact awak. Awak pun tau kelas saya sampai petang. Penat sgt. Balik nk buat assgnmnt lg. Sori eh baby ;)
Zara : hmm ok la. rindu awaaaaak.
Adam : rindu awak jugak manja. hehe. Nanti saya col awak eh, Nak buat kerja ni. Love you. tc.
Seminggu kemudian, Zara masih merasakan Adam bukan Adamnya yang dulu. Adam tidak lagi memperdulikannya. Saban hari Zara merendam air mata dan memendam perasaannya yang merindui kekasih hatinya itu. Dia sabar dengan karenah Adam kerana dia fikir Adam memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Adam sudah jarang menghubungi Zara. Zara sudah terperangkap dengan syaratnya sendiri. Pada suatu malam jam menunjukkan pukul 2 pagi, hp Zara berbunyi menandakan sms diterima. Zara senyum sendiri melihat nama pengirim sms itu. Rindunya yang sarat pada Adam tidak membuatkan dia terfikir akan apa yang bakal diketahuinya melalui pesanan hp nya itu. Zara cepat-cepat membuka peti kotak simpanan hp nya. Dan..
Adam : Saya minta maaf. Saya tak boleh teruskan lagi hubungan kita ni. Saya bosan la. Awak hari2 nak col, 24 nak msg je. Tau tak saya banyak kerja? Sampai disini je hubungan kita. Tolong jangan ganggu saya lagi. Tolong jangan cari saya lagi. Kita dah tak ada apa2. Maafkan segala kesalahan saya dekat awak. Saya pun tak tau makin lama makin hilang sayang saya dekat awak. sorry. jaga diri. Bye.
Zara hanya mampu mengalirkan air mata sampai tidak ada lagi air mata yang boleh dikeluarkan. Zara amat kecewa. Dia sangkakan Adam boleh menjadi lelaki yang terakhir dalam hidupnya. Lelaki yang boleh menyanyangi dia seadanya. Begitu mudah mengatakan sayang dan begitu mudah melepaskan. Astahgfirulhalazim. Zara berasa amat sedih dan tidak berdaya untuk melakukan apa pun pekarjaan. Hari bersilih hari, minggu berganti minggu, bulan bertukar bulan..Kini Zara mula sedar. Tiada cinta yang hakiki melainkan cinta Allah. Zara mula kembali pada Allah seperti dulu dan mula menyedari bahawa TIADA CINTA ISLAMIK SEBELUM NIKAH dan HANYA PERKAHWINAN YANG MENGHALALKAN HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN!
Kini tekad Zara tinggi untuk berubah. Zara tidak ingin lagi terpedaya dengan cinta Syaitan yang hanya mahu membawanya kelembah neraka. Berkat sokongan ibu bapa, rakan terdekat, wanita-wanita solehah yang sentiasa memberi sokongan, tunjuk ajar dan nasihat Zara mula kuat untuk mencari cinta Allah. Lama kelamaan Zara mula berfikir dan merasa amat bersyukur kerana Allah menarik Perassan Adam terhadap dirinya. Jika tidak beri peringatan, pasti Zara akan terus hanyut dengan cinta palsu yang hanya berlandsankan hafsu. Kini tekadnya mula bermadah
Ya Ukhti
Sedarkah kau?
Tiada cinta islamik sebelum pernikahan
Ya Ukhti
Tidak akan timbul suatu perasaan
melainkan lelaki dan perempuan berkawan tanpa batasan
Muslimah sejati
Kau umpama berlian di dalam bekas kaca
Hanya orang yang mampu bisa memilikinya
Jadilah seperti bunga Mawar yang berduri
Yang dipegang orang berdarah
Yang dicium baunya harum sekali
Ingatlah, tiada cinta islamik sebelum pernikahan. Walau mula rasa sayang, namun kelak akan timbul rasa bosan kerana cinta yang dibina adalah cinta haram. Cinta yang tidak direstui Allah. Walau kau kata cinta kerana Allah, ingatlah syaitan itu amat bijak. Syaitan Laknatullah mampu memperdayakan Nabi Adam yang amat dijaga oleh Allah, inikan pula kita, hanya Hamba Allah yang lemah, yang kaya dengan sifat lupa. Jangan pernah bawa diri anda kelembah kesakitan. Allah amat menjaga kita wahai muslimat sekalian dan ini adalah buktinya :
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)
Sungguh Allah amat menitik beratkan kebajikan kaum Hawa :
Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
Nilai wanita amat tinggi di mata islam. Tutuplah aurat mu agar tidak dipandang murah oleh lelaki ajnabi. Tidak sedar lagikah kamu wahai muslimat yang disayangi sekalian? Ambillah apa yang baik daripada cerita ini sebagai pengajaran. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.
JIKA CINTAKAN ALLAH, BUKTIKAN LAH
JIKA CINTAKAN ALLAH, LAKUKANLAH APA YANG DISURUH-NYA
JIKA CINTAKAN ALLAH, TINGGALKANLAH LARANGAN-NYA
JIKA CINTAKAN ALLAH, UCAPKANLAH SELALU
SubhanaAllahWalhamdulillahWalailahaillahWallahuakbar
JIKA CINTAKAN RASULULLAH UCAPKAN LAH SELALU
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
JIKA CINTAKAN RASULULLAH, LAKUKANLAH SUNNAHNYA
CINTAI ALLAH, CINTAI RASULULLAH, CINTA IBU BAPA DAN AKAN DATANG JODOH YANG DIREDAI MEREKA
INSYAALLAH ^_^
wassalam