Sunday, May 27, 2012

Di manakah pengaduan mu?

Laman sosial yang ada masa kini adalah sebagai kemudahan untuk kita menyebarkan dan menyeru kepada kebaikan, boleh juga dijadikan tempat mengeratkan silaturahim sesama umat islam, yang jauh kita dekatkan yang dekat kita eratkan. Namun, mengapa laman sosial disalahgunakan oleh remaja hatta orang dewasa sekalipun?

Rata-rata yang kita lihat, laman sosial sekarang dijadikan tempat luahan perasaan marah, sedih, ada juga melepaskan geram dengan menggunakan kata-kata yang kesat, malah ada juga yang menyebarkan fitnah dan mengutuk antara satu sama lain. Dimanakah pengaduan mu wahai sahabat yang saya sayangi kerana Allah sekalian?


Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud :
 "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Tenangkah hati sahabat-sahabat sekalian apabila mengadu di facebook, twitter, blogger dan sebagainya? Terbalaskah rasa sedih, geram dan sakit hati sahabat dengan mengadu pada laman sosial? 

Sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian..
Tidakkah kalian merasa sedih melihat pepecahan ummah sekarang? Tidakkah kalian merasa marah dengan kejahatan, kekejaman yang dilakukan oleh orang yahudi pada kita? Jika Ya, mengapa tidak kita bersatu? Mengapa tidak kita gengam erat tangan masing-masing dan bersatu untuk mengagalkan rancangan yahudi laknatullah?? Mengapa kita masih berperang, bergaduh sesama kita sendiri?? Mengapa sahabat sekalian? Demi Allah, hati ini sakit, sedih dengan kekejaman yang dilakukan yahudi! tetapi yang lebih menyedihkan, kita.. umat islam, telah terpedaya dengan permainan yahudi! kita telah terjerat!

satu analogi yang ingin saya kongsi daripada orang lebih berpengalaman :
Jika datang ribut taufan, angin kencang menggongcang pokok yang kita duduki, kita akan genggam erat dan tidak akan sesekali melepaskan pegangan tangan kita daripada pokok itu, namun apabila ribut taufan, angin kencang itu sudah berlalu datang pula angin sepoi bahasa yang menyenangkan, kita akan terlena, kita akan terbuai, akhirnya pegangan erat kita pada pokok itu akan terlepas dan kita akan jatuh dari keselesaan yang kita duduki . 

Itulah yang diibaratkan dengan hidup ini, Kita terlalu senang! kita terlalu leka dengan nikmat dunia yang Allah PINJAMKAN ini! Ya, dunia ini hanya PINJAMAN! Ketahuilah, yahudi tidak dapat menyerang kita dalam hal yang besar, mereka telah menyerang kita secara halus dari segi pemikiran kita iaitu melalui muzik, game dan pakaian. Cuba kita tanya diri kita, sejauh mana kita benar-benar kenal islam? Mari sahabat sekalian, renung kembali firman Allah s.w.t 

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mari rakan sekalian..


Ayuh kita membuat pahala dengan menyebarkan perkara baik di laman sosial-laman sosial yang ada serta mempereratkan lagi silaturahim yang terjalin. Teliti diri sendiri sebelum mencari salah orang lain. Banyakkan pengaduan pada Allah, InsyaAllah hati akan menjadi tenang. JANGAN BIARKAN YAHUDI KETAWA DENGAN KEJAYAAN MEREKA, TAPI BIARKAN MEREKA MENANGIS DENGAN KEKALAHAN MEREKA. Maaf, saya juga baru belajar, tolong betulkan apa yang silap. Saya hanya insan Allah yang lemah dan segala yang baik itu datangnya dari Allah yang maha kuasa <3

"MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT"


Friday, May 25, 2012

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya

Dalam riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan ibu bapa." 

Terfikirkah kita dinombor berapakan kita letakkan ibu bapa kita dalam hidup kita?

Selepas cinta Allah, cinta Rasulullah kita wajib mencintai kedua ibu bapa kita. 
Pernahkan kita bayangkan bagaimana rasanya seorang ibu menahan sakit disaat melahirkan kita, bagaimana rasanya seorang ayah membanting tulang bekerja siang malam untuk mencari rezeki memberi sesuap nasi kepada keluarganya? Cuba kita lihat apa yang terjadi pada masa sekarang. Anak muda lebih sayangkan pasangannya yang belum halal daripada ibu bapa.

berapa ramai yang sanggup memegang tangan ibu bapanya?

Saya bukanlah anak yang solehah, saya juga bukanlah anak yang tidak pernah melakukan dosa kepada kedua ibu bapa saya. saya juga pernah melampaui batas saya sebagai seorang anak, saya juga pernah menderhaka kepada kedua ibu bapa saya. Tapi Alhamdulillah, Allah masih berikan saya kesempatan untuk menebus salah saya kepada kedua ibu saya. Saya pernah meniggikan suara kepada ibu bapa saya, saya tidak dengar cakap ibu bapa saya. Namun Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".


Jika kita merasa sangat susah untuk menjadi anak yang solehah, ingatlah jasa kedua ibu bapa kita. Mereka memberi kita kasih sayang sejak kecil, memberi harta yang tidak terhintung harganya. Tidak dapat kita balas jasa mereka Hatta dengan wang berjuta sekalipun. Kalau dengan pasangan kita yang tidak halal kita boleh berkasih sayang, boleh ber 'i love you', 'i miss you, boleh pegang tangan, bercakap dengan suara yang lembut, kenapa tidak dengan kedua ibu bapa kita? Kita semua pasti percaya dengan hukum karma. Jika inginkan anak yang soleh dan solehah, jadilah anak yang soleh dan solehah dahulu. What you give, you will get back.


Cuba tanya diri, berapa lama kita kenal pasangan kita dan berapa lama kita kenal kedua ibu bapa kita? Kenapa kita lebih percaya kepada orang baru kita kenal beberapa hari? Tepuk dada, tanya iman. Jangan sampai terlambat, jangan sampai menyesal. Percayalah cakap saya, jika anda sedang bersedih, peluklah ibu dan ayah anda, pasti anda akan merasa tenang.


 Genggam eratlah tangan ibu dan ayah mu 
Senyumlah kepada kedua kedua ibu bapa mu
kerna hanya dengan melakukan itu, kamu sudah mendapat pahala




doakanlah ibu bapa kita selalu kerana hanya itu yang dapat membantu mereka suatu hari nanti. 


 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim


Ya Allah
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku
Kasihanilah mereka sepertimana mereka telah mengasihani ku sejak ku kecil hingga sekarang
Janganlah kau timpakan apa-apa azab kepada meraka
Sesungguhnya hanya kau yang mampu memakbulkan doa hamba mu ini..


Ingatlah
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA KASIH AYAH KEKAL SELAMANYA



Friday, May 18, 2012

Kalau nak berubah, Allah pasti bagi jalan =)

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

KALAU NAK BERUBAH, ALLAH PASTI BAGI JALAN

percaya tak?


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang, di sini ingin saya kongsikan kisah saya sendiri yang InsyaAllah akan memberi panduan untuk anda yang ingin berubah =)

Pada tahun 2011 yang lepas, bulan 4. ibu saya telah mencarikan saya tempat sambung blaja dengan kursus yang saya minati tetapi nama kolejnya tidak pernah saya dengar. Saya berkeras tidak mahu pergi ke situ. Namun ibu saya tetap menyuruh saya pergi kerana naluri hatinya yang pasti saya akan bahagia belajar di situ.

Disinilah bermulanya segala-galanya.
Disinilah, KOLEJ UNTI, PASIR PANJANG
Disinilah bermulanya hidupku sebagai islam yang sebenar

Saya tidak gentar mengatakan sebelum ini, saya hanya islam didalam ic saja. Saya tidak tipu jika saya kata, saya jahil tentang islam sebelum saya masuk ke kolej uniti. Di sinilah saya temui Cinta Allah, Cinta Nabi Muhammad dan Di sinilah saya mengenali ERTI ISLAM YANG SEBENARNYA.

Sebelum saya masuk ke kolej ni, saya telah berazam nak berubah. Di tempat baru, tahun yang baru. tapi saya  tidak kuat. Saya masih dengan perangai lama. Malas belajar, berkapel dan tidak menutup aurat. Tapi, Alhamdulillah..Allah itu maha penyanyang.


Allah telah tunaikan janji-NYA pada saya. Syukur! Allah itu maha penyanyang. Amat Amat Amat penyanyang. Jika ingatkan janji Allah yang ini, saya rasa mahu menitiskan air mata. Tidak disangka-sangka Allah mengurniakan saya Sahabat-sahabat yang penyanyang. Baru saya paham apa erti ukhuwah fillah, bersahabat kerana Allah. 

Bermula dengan saya pergi ke surau, berkenalan dengan kakak-kakak yang sangat baik hati, mendengar tazkirah, pelbagai aktiviti dan bermula dengan kem yang dinamakan kem 'TAUTAN', saya sangat terkejut kerana kali pertama aktiviti yang dijalankan berasingan lelaki dan perempuan. Subhanallah. Kami akhwat, bebas bergelak ketawa, bermain, bersuara sesuka hati kami. Sangat bahagia =)

Sehingga kini, telah banyak janji yang telah Allah tunaikan. sangat bahagia berkasih sayang dengan Allah. Percaya la cakap saya. Cuba cari cinta Allah, anda akan merasa manisnya hidup ini. Disini juga, saya ini berterima kasih  kepada ibu bapa saya kerana membuat keputusan yang betul dengan memasukkan saya di KOLEJ UNITI. DISINILAH SAYA TEMUI ERTI KEHIDUPAN YANG SEBENAR. Allah juga menunaikan janji-NYA memberikan saya ibu bapa yang memahami, yang sanggup membelikan saya tudung labuh, baju-baju yang menutup aurat yang stokin yang mampu melindungi aurat saya. Alhamdulillah. 

SAYA CINTA ALLAH
SAYA RINDU ALLAH
^____^

Tapiiiii..


Saya juga pernah diuji. saya juga pergi jatuh, saya juga pernah tersungkur dan kembali ke kejahilan lalu..Namun kerana adanya ukhuwah fillah, sahabat-sahabat saya memcuba menarik saya kembali ke jalan islam, ke jalan dakwah..Manisnya berkasih sayang kerana Allah. Terima kasih sahabat. I love you all because of Allah. Namun..hati ini berasa sangat sedih..

Kerana?

Masa yang dibuang dahulu..dengan masa ku jahil 
Masa yang dibuang dahulu..mahu mula untuk belajar mengenai agama semula
Masa yang dibuang dahulu..dengan keseronokan dunia
Masa yang dibuang dahulu..dengan maksiat

YA ALLAH
YA RAHMAN
YA RAHIM
TERIMA KASIH..JANJI MU TELAH KAU TUNAIKAN
dengan menghantar orang-orang yang baik bersama ku..

kawan-kawan, tidak rugi meniggalkan kemanisan zaman jahil kita untuk mencapai kemanisan iman dan islam. Satu analogi yang saya ingin kongsikan oleh kakak yang sangat saya hormati dan akan saya ingat sampai bila-bila iaitu, jika kita merasa dahaga, tentu kita akan merasa lega setelah minum air yang sejuk dingin tapi jika kita dapat cari punca air tu, kita pergi daki gunung, bersusah payah untuk sampai ke puncak air terjun dan apabila kita sampai ke puncak air terjun tu, bukan saja kita dapat minum air terjun yang sejuk  tu sampai puas, malah kita juga boleh mandi manda dalam air yang sejuk tu. Jadi di sini, jika kita dapat cari cinta yang sebenar, dengan susah payah, dengan ujian yang mengkuatkan lagi cinta kita yang agung iaitu cinta kepada Allah, lebih puas kerana 

CINTA ALLAH ADALAH CINTA YANG ABADI ^__^

Friday, May 11, 2012

MESTI TENGOK ;)


Ambil pengajaran daripada video ini ya kawan-kawan ;)