Saturday, February 25, 2012

Oh Tudung labuh (◕‿-)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatul ^_^
apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihani sekalian?
Sihatkah diri anda? sihatkah hati anda? sihatkah iman anda? :)


InsyaAllah tajuk Oh tudung labuh yang saya ambil daripada laman web iluvislam.com akan saya utarakan pandangan dan sedikit kefahaman saya mengenainya.


Pernah tak sahabat-sahabat sekalian nampak muslimah yang bertudung labuh dan timbul satu perasaan yang aneh. Rasa macam nak tengok je muslimah yang bertudung labuh tu. Ada? Jika ada, Alhamdulillah, itu tandanya, masih ada iman dalam hati sahabat-sahabat sekalian ^_^


Tudung labuh. dua perkataan yang senang disebut. Apa sebenarnya pandangan sahabat-sahabat sekalin tentang wanita-wanita yang bertudung labuh ni? Daripada pengalaman saya, inilah yang mereka fikirkan tentang wanita bertudung labuh


  • tudung labuh ni untuk orang alim je. aku ni, ilmu agama cetek sangat lah. tak sesuai nak pakai tudung labuh. ala asal pakai tudung. dah la.
  • perasan tak? orang pakai tudung labuh ni yang banyak terlanjur, buang anak semua? orang tak pakai tudung, pakai tudung fashion ni yang lebih baik dr yang pakai tudung labuh. perasan?
  • tudung labuh? apa class! kuno doh! macam orang kampung.
  • alaa kalau pakai tudung labuh, tak boleh dah nak jadi gila-gila, kena control ayu 24 jam. tension la
  • uish! tak panas ke pakai tudung labuh ni?
  • Eh, kau nampak gemuk la pakai tudung labuh! tuka la wei!
  • Kau pun dulu jahat, Ya Allah, lebih jahat daripada aku. tup tup berubah macam ni. apa kes? nak mati dah ke?


Astaghfirullahazim! Kenapa mesti ada fikiran sebegini dalam fikiran umat islam zaman sekarang? Cuba bayangkan, Andai Nabi Muhammad s.a.w masih ada? Tidakkah anda merasa nabi akan merasa kecewa dengan kita? Bukankah tudung labuh itu melindung kita?

Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Tidak dinafikan, anggapan tudung labuh untuk orang yang hanya tinggi ilmu agamanya namun firman Allah telah nyata. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."  Cuba sahabat sekalian perhatikan, kaum adam akan mengacau wanita yang bagaimana? Perasan bukan, kaum adam hanya akan mengacau wanita yang seksi, yang pakai tudung tetapi tidak sempurna dalam menutup auratnya. Maaf andai pandangan saya salah, tapi dari apa yang saya perhatikan, itulah yang terjadi. Kaum Adam tidak akan berani menegur wanita yang bertudung labuh malah ada yang saya lihat, kaum Adam akan menundukkan pandangannya ketika melewati atau bertemu wanita bertudung labuh. SubhanAllah, sayangnya Allah pada kita wahai muslimah sekalian. Bukalah mata mu itu. Allah amat menjaga kita yang bergelar wanita!

Hmm. Ada juga yang beranggapan wanita bertudung labuh inilah yang sering berzina, membuang anak. Ya! tidak dinafikan ada segelintir begitu. tapi JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA! tidak semua wanita bertudung labuh begitu! Begitu juga contohnya buah cempedak, tidak semua diluarnya nampak masak ranum, ada juga yang buruk dan hitam namun dibuka dan dilihat isinya, kuning dan apabila dimakan, manis sekali rasanya. Sebaliknya juga boleh berlaku. Janganlah bersangka buruk dengan apa yang tidak kita ketahui.

Pakai tudung labuh kena control ayu? Tak boleh jadi gila2? Allah telah berfirman Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an_Nuur: 31) Wanita islam bukanlah perlu mengontrol ayu atau sangaja mahu berlagak ayu. Tapi itu adalah perintah daripada Allah. Dan saidatina Aisyah r.a ada juga berpesan "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"  Namun, untuk menjadi gila-gila, ketawa yang tidak melampau adalah dibolehkan apabila bersama dengan hanya kaum-kaum hawa. Apabila sesama kaum hawa, bergembiralah, ber 'gila-gila' lah kalian. Namun tidak sehingga melupakan Allah ye sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. hihi ;)

Tudung labuh panas, nampak gemuk, itu semua adalah bisikan syaitan semata-mata yang disampaikan melalui manusia seperti yang tertulis dalam surah An-Nas yang bermaksud "yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari golongan jin dan manusia" Ketahuilah sahabat sekalian, sesungguhnya ramai manusia sekarang yang bertopengkan syaitan hanya untuk melemahkan kita daripada mengikut ajaran islam yang benar dan tiada agama yang benar melainkan islam. Berhati-hatilah sahabat!

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Dan pasti akan diperingatkan oleh Allah tentang apa yang kita lakukan itu adalah salah sama ada kita menyedari atau tidak menyedarinya. Saya juga pernah melampaui batas pada diri saya. Saya juga pernah menyangka wanita bertudung labuh ini tidak seindah tudungnya. Saya juga bukan seorang yang tinggi ilmu agamanya. Tetapi, Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk mencari cintanya dan cinta kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w, berjumpa wanita-wanita solehah yang amat menyejukkan mata, menyejukkan hati dan sentiasa mengingatkan saya kepada Allah.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu. kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan. -Imam Hassan Al-Basri-



Usah dipedulikan kata-kata manusia, ingat wahai sahabat, "PANDANGAN ALLAH LEBIH PENTING DARIPADA PANDANGAN MANUSIA" Saya juga pernah merasakan sakitnya untuk melakukan perintah agama kita iaitu islam suatu ketika dahulu dengan kata-kata manusia yang mahu menjatuhkan semangat saya. Saya juga pernah tersungkur, saya juga pernah teralpa dengan nikmat dunia yang penuh dengan penipuan ini, namun Allah amat menyayangi saya, DIA memberikan pengajaran buat saya. Jadi sahabat, janganlah pernah bersangka buruk kepada Allah. sesungguhnya Allah telah Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216. “boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Sama-sama kita berubah kejalan kebaikan. mulakan daripada bawah dan InsyaAllah kita akan jadi yang tertinggi dimata Allah.  InsyaAllah. Allah itu tinggi dengan sifat pemaafnya. MARILAH KITA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH AKHIR ZAMAN , WANITA SERIKANDI ISLAM. Ubah pandangan masyarakat tentang wanita bertudung labuh ini tidak indah seperti rupanya. Mari! ubah pandangan itu. Jaga diri, Jaga akhlak, Jaga hati, Jaga iman. Allah sentiasa menjaga kita. InsyaAllah.

Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!


Wanita..dirimu begitu berharga (◕‿-)

Wallahuaklam 

4 comments:

  1. Segala puji hanya bagi Allah. Rindu lekaa. tc.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kaka samihah..sya nk tnya,kakak pernah belajar di kolej uniti kn?sya nk tnya tentang keadaan kolej tu..kemudahan d kolej tu lengkap tak?kakak boleh mesej sya d nmbor 0168248331

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kaka samihah..sya nk tnya,kakak pernah belajar di kolej uniti kn?sya nk tnya tentang keadaan kolej tu..kemudahan d kolej tu lengkap tak?kakak boleh mesej sya d nmbor 0168248331

    ReplyDelete